Khamis, 21 Jun 2012
MeNaSiHaTi OrAnG yAnG mEmErLuKaN nAsIhAt
Semalam adik angkat aku mesej macam biasa la dia kalau mesej mesti ada masalah kalau tak ada masalah tak sah. Setiap mesej dia buat aku nak tergelak. Mesti kau orang pelik kan orang ada masalah pun aku nak tergelak. Yela cuba kau orang bayangkan setiap kali dia mesej aku mesti masalah dengan awek dia. Dan masalah tu adalah masalah yang boleh diselesaikan tanpa minta pendapat orang lain pun boleh.
Tapi walau apapun masalah dia sebagai yang tua aku bagi la nasihat yang sepatutnya untuk dia fikir. Walaupun pada mulanya aku tak pernah anggap dia adik sebabnya aku memang da sedia ada mempunyai dua orang adik kan jadi aku kesian dekat dia sebab dia kata dia tak ada kakak so aku pun jadilah akak untuk dia.
Bagi aku dia tak adalah masalah sangat untuk jadi adik akukan sebab dia cuma minta tolong selesaikan masalah dia yang senang jerk bagi aku. Kiranya kes budak ni sama jerk dengan cerita aku pasal memberi motivasi cinta tu. Kalau kau orang nak tahu masalah dia mula-mula aku tahu dia break dengan awek dia sebab dia try nak duakan awek dia sekali da kantoi dulu. Aku cuma kata dekat dia lain kali janganlah buat macam tu lagi kalau da betul-betul sayangkan awek dia tu.
Cerita dia yang kedua pulak dia kata awek dia buat tak endah dekat dia mesej pun nak balas lambat lepas tu pendek. Perkara nie aku biasa aku buat sebab da malas nak layan dan mood teruk sangat.hehe.. So aku cuma bagi tahu dia yang mungkin awek dia tu tengah ada masalah atau pun penat. Dia pun kata la dekat aku yang dia betul-betul sayang dekat awek dia dan dia belajar dan kehidupan dia selama ni sebab awek dia. Dari ayat tu kes berat wow mana taknya kita hidup sebab orang tu. So aku kata dekat dia jangan terlampau bergantung harap dengan orang tu terlalu sangat takut dia tak suka dekat kita, kita akan menghancurkan kehidupan kita seterusnya sebab kita dah tak ada tempat bergantung.
Agak-agak kau orang apa yang terjadi?? Kalau kau orang nak tahu esoknya ke lusa macam tulah dia mesej aku dia kata betul kata akak adik menyesal sekarang. Masa dapat mesej tu aku pelik sebabnya banyak kut kata-kata yang aku bagi yang mana satukan? Rupa-rupanya yang bergantung dengan orang tu. Awek dia kena pindah ikut family dan akan jauh so awek dia nak break. Aku cuma boleh kata mulakan hidup baru dan capai cita-cita dulu baru fikir awek.^^
Rasa kau orang dia ikut tak kata aku yang tu? Mula-mula aku ingat dia ikut sekali dia mesej aku dalam sebulan kemudian kut. Dia kata dia ada masalah dengan awek dia. Aku pun tanya lah dia bila masa pulak ni ada awek. So dia pun cerita la dan maslah dia sekarang mak budak tu suruh belajar dulu. Aku pun katalah kata-kata seorang emak tu adalah untuk kebaikan kita. Aku suruh adik angkat aku ni belajar jerk la dulu nanti da ada kejaya baru couple. Mulanya dia setuju entah kenapa lusanya dia mesej dia dengan awek dia jadi couple dan dia kata lagi yang awek dia ni pemalu sangat. Aku pun kata la biasa la tu. Dia kata dekat aku nak bual pun susah. Aku sebagai kakak cuma boleh kata bagilah dia masa nanti da lama-lama ok la tu.
Mudah-mudahan adik aku ni ok la nantikan. Akak sentiasa ada untuk membantu selagi masalah yang adik hadapi tak terlalu rumit.-_^
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan