Assalamualaikum......
Hye semua ! ! ! Owkey hari ni aku nak mencoret sikit jerk kut. Tiba-tiba terasa nak mencoret sebab rasa macam kelakar dan gembira sangat hari ni. hohoho..
Mula-mula nak cerita apa erk?? ermmm.. Owkey la kita mula cerita hari pertama kelas. Hari pertama kelas pada 17Disember2012. Memang meriah sebabnya kelas aku hanya ada satu jerk iaitu pengenalan kewangan. Pensyarahnya adalah Aaron Aziz..hahah.. nama tu pensyarah aku sem lepas yang bagi Puan Zahanum dengan Miss Aziela. Sebenarnya nama pensyarah tu sebenarnya Encik Syazwan. Kalau tanya aku memang not bad la kan lagipun pensyarah nie buatkan aku teringat kawan aku sem 1 Zul yang da pindah dari kolej tu.. tapi orang lain semua kata encem.. entahlah..
Owkey seterusnya, hari kedua 18Disember2012. Jeng..jeng..jeng... kelas satu pun takde sebab tenanga pengajar bawah UTM pergi bengkel. Memang meriah habis lakan lagipun kalau da mula kelas penat giler tu sebab jadual aku padat sangat memang dekan la sem nie.. :P
Hari ketiga kelas pula, 19Disember2012, kelas aku boleh tahanlah cuma 2 jerk..heheh.. Tapi yang ada kelas hanya 1 iaitu English For Professional Comunication dan pensyarahnya adalah pensyarah aku masa sem 2 Sir Adam. Kelas aku yang takde tu pulak adalah Audit. Pensyarahnya cuti, aku jumpa dia pun sekali jerk masa minta tandatangan haritu sebab dia pun pensyarah baru macam Encik Syazwan dan nama diberi ialah Cik Norhashikin.
Owkey la hari terakhir kelas aku. Hari ni la 20Disember2012, aku ada 4 kelas sepatutnya tapi 2 kelas jerk yang pensyarahnya nak buat kelas. Kelas pagi dengan Encik Nizam kelas Pengenalan Operasi dan lagi satu kelas dengan Puan Zahanum@ Anum kelas Perakaunan Kos. Masa kelas Puan Anum memang habis loyar buruk aku buatkan. Bukan nak seyes..huhu.. Habis aku bergurau sakan dengan Puan tak henti-henti nak ketawa.
Ops! ! ! macam terlupa pulakkan mana kelas lagi 2 tu.. Kelas Puan Rosni, iaitu Pengurusan Pemasaran. Puan Rosni cuti sebab apa tak tahu pula aku .. Kelas yang akhir takde sebab senior-senior aku ramai yang subjek bertindih dengan kelas Pengenalan Kewangan dan pensyarahnya aku da sebut awal-awal tadi Encik Syazwan. Disebabkan katanya jadual senior bertindih tu ramai dan Encik Syazwan fikir aku dengan Kak Fatin jerk akan ada dalam kelas jadi dia pun batalkan kelas hari ni. Yang buat aku rasa lawak sebab macam aku kata tadi cara dia meningatkan aku dekat kawan aku kan.. Dia telefon nak bagitahu nasib baik la aku da simpan nombor tu pagi tadi masa free takde kelas. Kalau tak memang aku rasa aku bantai kata dye Zul...huhu..
Owkey la rasa da macam aku buat karangan Bahasa Melayu masa sekolah lah pulak kan. Jadi sampai sini sahaj coretan aku. InsyaAllah kalau umur panjang aku coret la suka duka tunggang terbalik aku ea... Peace v^^













